Kebaikan Susu Ibu
Pengenalan
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu
yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil
keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan
kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan
anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda
digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan
diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya
bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain
selain daripada susu ibu.Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
-
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
- Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
-
Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
- Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
- Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
- membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
- mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
- Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
- Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Persediaan awal
- Sebelum kelahiran
- Semasa kelahiran
- Selepas kelahiran
- Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami.
- Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
- Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
- Sentuhan kulit
- Permulaan awal
Selepas melahirkan
- Menyusu mengikut kehendak
- Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
- Tiada puting tiruan
sumber rujukan -
http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/penyusuan-susu-ibu/kebaikan-susu-ibu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan