Jumaat, 11 Disember 2015

Assalamualaikm selamat sejahtera,k.long nk kongsi serba sedikit tentang cara-cara petua orang lama.Selamat mencuba!! 

1- Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut. Mengubat Kaki Terseliuh Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa. Kurangkan Bercakap Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit. 

2- Kurangkan Penyakit Darah Tinggi Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari. Mabuk Kenderaan Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan. 

3- Keputihan Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh. Merawat Lebam Akibat Tercedera Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan