apa itu keputihan (masalah keputihan)
Apakah itu penyakit keputihan?
Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu
yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering
dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan
hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah
keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai
kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap
ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu
mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan
lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius
yang memerlukan rawatan perubatan
Jenis-Jenis Keputihan
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan
keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal
dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku
semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi
(kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau
krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj.
Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan
patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit
seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau
hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.
Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir
setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis
disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu
dirawati. Jadual 1.0 menunjukan perbezaan di antara kedua-kedua jenis
keputihan.
sifat
|
Keputihan Fisiologis
|
Keputihan Patologis
|
---|---|---|
Bentuk | Lendir yang cair dan tidak melekat | Lendir yang kental dan melekat |
Warna | Berwarna putih atau krim | Berwarna kuning atau kelabu atau hijau |
Bau | Tiada bau | Berbau busuk |
Jumlah yang dikeluarkan | Sedikit | Banyak |
Kekerapan | Semasa subur dan sebelum haid | Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj |
Petanda lain | Tidak gatal | Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang |
Rawatan | Tidak perlu | Perlu rawatan yang segera |
Jadual 1.0 Ciri-ciri Perbezaan Keputihan Fisiologis dan Patologis
Gambar rajah 1.0
Faraj kelihatan merah dan mengalami radang
|
Gambar rajah 2.0
Lendir yang kental dan melekit
|
Gambarajah 1.0 dan 2.0 menunjukkan faraj wanita yang telah dijangkiti oleh kuman dan mengeluarkan lelehan yang tidak normal.
Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
-
Faktor Kebersihan
Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
-
Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
- Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
- Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
- Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
- Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
-
Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
-
Faktor Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan
Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali
sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat
berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus.
Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan PH
bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan.
Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi
diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian
intim yang tidak sesuai boleh mengubah persekitan yang berasid
seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong
kepada pertumbuhan organism komensal yang lain secara berlebihan
sehingga berlaku jangkitan.
Penyakit keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya
oleh Gardnerella vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans.
Punca jangkitan dan ciri-ciri klinikal untuk setiap agen adalah seperti
dalam Jadual 2.0
Agen Penyebab
|
Jenis Kuman (Mikro
organisma)
|
Ciri-ciri klinikal
|
Punca Jangkitan
|
---|---|---|---|
Gardnerella vaginalis | Bakteria |
|
|
Trichomonas vaginalis | Parasit |
|
|
Candida albicans / spp | Kulat |
|
|
Jadual 2.0 Agen Penyebab Penyakit Keputihan
Gambar rajah 3.0 menunjukkan jangkitan kulat pada bahagian faraj yang dikenali sebagai Candida albicans
Bahaya Penyakit Keputihan
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai
komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani,
bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di
luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh
membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada
jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah
hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap
antibiotik atau antifungal.
Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan
yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan
kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik
ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan
yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit
keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa.
Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi
sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat
aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali
sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan
rawatan rapi.
Cara mencegah Penyakit Keputihan
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan
kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah
sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat
dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit
keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua
wanita:
- Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
- Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
- Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
- Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
- Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
Kesimpulan
Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh
semua wanita. Namun, gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah
berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan masing-masing. Jenis
keputihan fisiologis yang kerap terjadi pada wanita yang sihat merupakan
gejala yang normal dan akan pulih secara semula jadi. Sebaliknya,
keputihan patologik dikategorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan
perlu rawatan segera. Gejala keputihan patologik disebabkan oleh
pelbagai faktor luaran dan dalaman yang meliputi isu-isu kebersihan
diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan dan gaya hidup
yang sihat.
Mikroorgamisma, sama ada bakteria atau kulat merupakan agen utama yang
terlibat dalam jangkitan faraj. Ciri-ciri klinikal pada setiap pesakit
adalah berbeza-beza mengikut jenis kuman yang menyebabkan jangkitan.
Namun seakiranya dipandang remeh, semua jangkitan berpotensi untuk
menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Wanita yang hamil mempunyai
risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit keputihan disebabkan
oleh rembesan hormon pembiakan yang tinggi dalam badan.
Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap
penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa
dalam kehidupan seharian. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila
berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan
tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk sentiasa mengamalkan
cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan
yang bahagia.
sumber rujukan :-
MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan