Selasa, 29 Mac 2016

Alhamdulillah....postage untuk 29/3/2016..bg yg belum dapatkan blu merrirs..cpt2 pm k.long..sbb k.long nak bg harga paling special...diskaun atas diskaun...kasih syg pnya harga..hihi









atau boleh cek vedio di

https://goo.gl/CBBWXx
Terima kasih kerana berminat dengan BLU MERRIES SRI ANGGUN.. Saya k.long admin kepada page facebook Sebelum tu nak tahu juga sis ada masalah apa? Baru kena atau dah lama... teruk ke ? Keputihan, berat badan, kulit kusam, Jeragat, longgar, nak tegangkan payudara, nak kembali ketat, rambut gugur..? Bukan apa kami tak nak sis jadi macam mereka di bawah yang lambat bertindak,






alhamdulillah...testimoni yg paling terbaru k.long terima...








Ahad, 21 Februari 2016

alhamdulillah...lg testimoni dari cust yg dah mencuba Blu Merries ni
apa tgu lg...cpt2 oder..hihihi...xjelous ke syg2 sekelian?hihi


















Kadang-kala kita terlupa diri sendiri.. Terima kasih kerana sudi kongsi kebaikan..
.
.
.
" Mak Long bukan nak jadi Model dan Mak Long bukan nak menunjuk tapi Mak Long nak kongsi bersama, setelah amalkan Blu Merries.. Badan dah tak letih, kulit pun dah gebu-gebas gitu.. yg bestnya Pak Long senyum selalu.. "
Tudia... Gebu Gebass Mak Long..
Baru 2 kotak dah jadi macam tu kulit dia, perempuan mana yg tak ingin kulitnya cantik molek... semuanya nak kan kan kan? Gambar ni, kak aida benarkan.. Sbb dia cakap"utk manafaat kaum perempuan apa salahnya".. Terima kasih akak.. spoting la.. Nak info lebih lanjut wassap no ni.. 019 4980816.
.
.
Inilah kesannya setelah amalkan Blu Merries Sri Anggun, bukan setakat luaran malahan dlman pun perghhhh tak kemana Pak Long nnti.. Kalau xpercaya Wassap ke 019 4980816 sekarang.., Akak-akak boleh baca feedback dari customer, dari yg luar sampai ke dalam... Semuanya benar belaka.. Jgn tipu.... tak berkat tau.
.
.
Blu Merries SRI ANGGUN ni banyak berasaskan Herba dan Buah-buahan, ramuan tradisional tapi semuanya diadunkan dengan teknologi moden dengan citarasa semasa supaya customer takde ler banyak komplen itu ini.
.
.
Hampir 200k dlm masa empat bulan hq jual, bersusun feedback.. Syukur kita hanya berikhtiar.. Akak semua tak perlu risau.. Blu Merries Sri Anggun ni produk org kita, Halal dan Lulus pengkelasan KKM.. Cuma namanya ja lain sikit sempena Nama Buah,
.
CARA ORDER HANYA PERLU..
--------------------------------------------
ЅΜЅ/Wаѕѕар ke 019 4980816 (Kak Long)
ЅΜЅ/Wаѕѕар ke 019 4980816 (Kak Long)
ЅΜЅ/Wаѕѕар ke 019 4980816 (Kak Long)
Atau KLIK LINK dibawah utk terus Mesej kak long,
https://m.facebook.com/messages/thread/103030883371982/
.
Organic

Ahad, 10 Januari 2016

Apa Itu Penyakit Tiroid Dan Cara Merawatnya

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Penyakit Tiroid

Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.

Kelenjar tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).

Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Penyakit hipotiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.

Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Kesan, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat.

Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Hipertiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid.

Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar.

Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting.

Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan.

Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis.

Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental.

Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat.
 
Petua Rawatan:


1.  Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.

2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh  badan.

3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.

4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam  kes kehilangan berat badan yang serius.

5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.
 

Jumaat, 8 Januari 2016

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat


Kali ini k.long (hehehe) nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh mencuba 'BLU MERRIES' dan mengamalkan di waktu pagi sebelum makan dan malam sebelum tido..kerana blu merries ni boleh mengenyang kan...sekali gus mengurangkan berat badan
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.